Laman Utama

Selamat datang ke JariahAqiqahQurban.org

Kami Menganjurkan program ’Jariah Aqiqah dan Qurban’ – Menunaikan ibadah Aqiqah dan Qurban sambil beramal jariah.

Program Jariah Aqiqah ini diperkenalkan untuk membantu Tuan/Puan melakukan Ibadah Aqiqah untuk Anak masing-masing. Dalam masa yang sama pihak kami akan membantu Tuan/Puan, dalam mengagihkan daging tersebut ke pusat-pusat jariah yang dipilih. http://jariahaqiqahqurban.org/pusat-jariah

Konsep yang sama juga di aplikasikan untuk Jariah Qurban. Pihak Tuan/Puan melakukan Ibadah Qurban dan pihak kami akan menguruskan pengagihan daging tersebut ke pusat-pusat jariah yang berkenaan.

Ibadat Akikah adalah Sunat Muakkad. Ia Afdhal Dilakukan Pada Hari ke- 7 Kelahiran Bayi.

Ibadat akikah adalah sunat muakkad. Ia afdhal dilakukan pada hari ke- 7 kelahiran bayi. Di antara amalan-amalan sunat yang dilakukan ketika majlis akikah hari ke -7 tersebut ialah:

1) Menyembelih binatang bagi lelaki afdhal 2 ekor kambing,sekiranya tidak mampu memadai dengan 1 ekor kambing sahaja. Manakala bagi bayi perempuan dengan 1 ekor kambing.
2) Mencukur rambut bayi dan ditimbang dengan kadar berat emas /perak, kemudian disedekahkan wang mengikut kadar nilai emas / perak itu.
3) Memberi nama anak dengan nama-nama yang mempunyai pengertian yang baik.
4) Mengadakan majlis kenduri kesyukuran kerana kelahiran anak tersebut.
5) Tahniq ( membelah mulut) iaitu memberi bayi merasa makanan yang manis seperti kurma /madu.

(Sumber: http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/41)

 

HUKUM AQIQAH DAN QURBAN MENGGUNAKAN KAMBING JENIS BAKA BOER.
KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA

7 Rejab 1430H – 30hb Jun 2009M

Kambing jenis baka Boer berumur 1 tahun boleh dijadikan binatang qurban dan aqiqah. Ini kerana ianya memenuhi syarat telah tanggal gigi hadapannya, mempunyai badan yang besar dan telah matang.

Sumber : http://www.muftins.gov.my/component/content/article/41-keputusan-mesyuarat-fatwa/276-hukum-aqiqah-dan-qurban-menggunakan-kambing-jenis-baka-boer-

Kambing kasi, kambing betina dan syarat kambing untuk aqiqah

Soalan
Assalamualaikum,
1- Boleh kah kambing jantan yang cukup umur dan sihat tubuh
badan tetapi telah di kasi@ dibuang batunya untuk dijadikan haiwan untuk
mengerjakan ibadat akikah?
2- Adakah kambing untuk dijadikan korban akikah semestinya kambing jantan?
3- Jika kambing bertina dibolehkan untuk dijadikan haiwan korban akikah,
apakah syarat2 yang membolehkan kambing bertina itu dikorbankan?
4-Boleh kah perkiraan umur kambing untuk dijadikan kambing akikah
berdasarkan penelitian pada gigi kambing?
5- Apakah syarat sebenar untuk haiwan dijadikan haiwan akikah?

Jawapan
Waalaikummussalam
1) Kambing yang telah dikasi boleh dijadikan haiwan untuk dibuat akikah.
Manakala kambing yang dibuang batunya sekiranya tidak mengurangkan jumlah
dagingnya, maka ia dibolehkan untuk dijadikan sebagai haiwan akikah sama
seperti kambing yang dibuang tanduknya, kukunya, dicukur bulunya dan
sebagainya.
2) tidak semestinya kambing jantan, Namun lebih afdal menggunakan kambing
jantan yang sihat dan tiada kecacatan langsung di samping mempunyai daging
yang banyak.
3) Kambing betina boleh juga dibuat korban atau dibuat akikah sama seperti
kambing jantan, syaratnya kambing itu cukup umur (2 tahun setengah), tidak
cacat dan hak milik yang sah.
4) Boleh berbuat demikian ia bermaksud kambing tersebut sudah bersalin
gigi yang menandakan cukup umur.
5) Haiwan yang dijadikan akikah ialah haiwan ternakan yang berkaki empat
yang paling besarnya adalah unta dan yang terkecilnya adalah kambing
(tidak boleh dikorbankan arnab. landak, pelanduk, kancil dan sebagainya).

sumber : http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/10984

Hukum Qurban Dan Aqiqah Ke Atas Haiwan Import Yang Tidak Diketahui Umurnya

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Qurban Dan Aqiqah Ke Atas Haiwan Import Yang Tidak Diketahui Umurnya. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa Qurban dan Aqiqah telah disyariatkan dalam al-Quran dan Sunnah dan kedua-duanya merupakan sembelihan sunat yang bertujuan untuk taqarrub kepada Allah s.w.t.

Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum Qurban dan Aqiqah ke atas haiwan yang diimport adalah berdasarkan hukum yang telah disepakati oleh para fuqaha’, iaitu bagi anak kambing muda ianya sesuai untuk dijadikan qurban apabila umurnya genap setahun dan telah masuk ke tahun yang kedua. Manakala bagi unta disyaratkan umurnya memasuki enam tahun dan bagi kambing dan lembu pula hendaklah telah memasuki umur tiga tahun. Bagi biri-biri pula hendaklah memasuki umur dua tahun.

Muzakarah juga menasihatkan para pengimport haiwan ternakan untuk tujuan ibadah Qurban atau Aqiqah hendaklah berusaha bersungguh-sungguh mempastikan haiwan import tersebut mencukupi syarat-syarat yang ditetapkan kerana Qurban dan Aqiqah merupakan satu amal ibadah yang bersifat ta’abbudiyyah yang perlu dilaksanakan secara sempurna.

Sumber : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-qurban-dan-aqiqah-ke-atas-haiwan-import-yang-tidak-diketahui-umurnya

Info Terkini & Promosi

Fan Page

Waktu Solat

  • Kuala Lumpur
  • 292° 31′ 16″21/05/2012
  • Imsak5:30
  • Subuh5:40
  • Syuruk7:02
  • Zohor13:13
  • Asar16:36
  • Maghrib19:21
  • Isyak20:35

Bantu Promosi Laman Web ini